Kursus keusahawanan yang meningkatkan peratusan jualan produk dan perkhidmatan perniagaan seluruh negara

  • Sukar menulis iklan promosi?
  • Tiada idea-idea yang menarik?
  • Iklan yang sedia ada tidak berkesan?
  • Bersedia menarik pelanggan ketika senang dan gawat dengan hanya perkataan sahaja?
SITUASI PENIAGA KECIL SEKARANG

Kenapa kebanyakan risalah iklan dibuang dan iklan online tidak dibaca?

Mereka tidak pernah memberitahu saya cara menulis iklan dengan betul.

Apa yang mereka beritahu saya berapa kos mencetak iklan warna. Jika 1000 keping dicetak, 1000 keping akhirnya dibuang oleh pelanggan ke tong sampah.

Setiap bulan wang mencetak iklan dilaburkan. Mereka senyum, saya sugul.

Saya cuba juga, menulis panjang lebar apa kebaikan produk saya, kehebatan produk, beza produk dengan pesaing.

Sehinggalah…

Saya lihat dengan mata sendiri iklan yang dimasukkan dalam peti surat, sisipan akhbar dibuang pelanggan ke tong sampah setiap hari.

Mengapa jualan masih tidak meningkat walaupun sudah beratus iklan jualan diedarkan?

Pada satu hari saya melihat seorang pelanggan mengasingkan salah satu iklan jualan daripada beberapa risalah iklan dalam peti suratnya.

Saya hampiri orang itu dan bertanya, apa menyebabkan dia menyimpan iklan itu. Tetapi risalah yang lain dibuang. Termasuk iklan saya dalam tong sampah itu.

Katanya, “Lima patah perkataan dalam iklan ini membuat saya rasa ini benda yang penting,” dia senyum dan menyimpankan iklan itu di poket bajunya.

Saya terdiam

Mendapatkan strategi menulis iklan jualan samalah seperti menguasai strategi mengikat pelanggan.

Hari ini, selepas menguasai psikologi pelanggan dalam ayat, iklan saya menarik  jualan setiap hari.

Jika dahulu saya melihat iklan saya berada dalam bakul. Hari ini setiap iklan yang sebarkan digantikan dengan wang jualan.

Bagaimana menjadikan iklan produk saya lebih menarik berbanding peniaga lain?

Semuanya berlaku apabila saya mengamalkan ‘mantera’ ini.

Tahukah Tuan-Tuan, Puan-Puan dan Cik Puan-Cik Puan, lima patah perkataan di atas membawa 80 peratus keuntungan dalam perniagaan kami?

Perkara yang sama berlaku dalam mana-mana iklan jualan produk dan perkhidmatan.

Pakar psikologi iklan jualan mengkaji, dalam tempoh kurang daripada satu saat, berapa patahkah perkataan yang dapat menarik perhatian pelanggan?

Hanya 5 patah perkataan


Lima patah perkataan permulaan dalam iklan jualan membawa masuk 80 peratus jualan. Pakar pengiklanan berkata,  pelanggan 60 peratus berhenti untuk membaca, tinjauan kami menunjukkan 20 peratus pelanggan percaya keinginan mereka dipenuhi.

Di mana baki 20 peratus  yang mengesahkan pelanggan membeli daripada kita?

Baki 20 peratus datang daripada teks penerangan produk yang mendorong pembelian.

Formulanya

60 % + 20 % + 20 % = 100 % jualan produk dan perkhidmatan


Formula ini memberitahu mengapa sesetengah iklan jualan pada papan billboard  di tepi lebuhraya lebih diingati ramai berbanding yang lain.

Mereka tidak menghentikan kereta di  lebuh raya untuk membaca. Lima perkataan yang dilihat kurang satu saat ketika memandu sudah cukup disimpan dalam memori.

Kemudian mereka pergi mencarinya di internet dan di kedai.

Perang  jualan besar-besaran kini di internet. Sejauh mana iklan kita bersedia?

Iklan jualan kini digunakan oleh para peniaga secara online dan offline. Inilah kuasa pemasaran terbesar para peniaga.

Buktinya!

52% peniaga kini menggunakan pemasaran sosial media dan menggunakan iklan jualan bagi mengumpan pelanggan. Daripada jumlah itu:

57% + 40% + 28% = 125% peluang iklan jualan kita dibaca pelanggan


Bagaimanakah caranya?  Bolehkah para peniaga kecil mencubanya? Insya Allah, akan didedahkan dalam kursus keusahawanan penuh impak ini.

Ketika ini, satu soalan mesti dijawab oleh peniaga tempatan

“Bagaimana iklan saya dapat menjadi magnet menarik pelanggan?”

Formula 5 menjadi amalan peniaga besar


  • Para penerbit buku menggunakan lima patah perkataan untuk memancing pembaca membelek buku sebelum membayar di kaunter.
  • Nama produk dan perkhidmatan menggunakan lima patah perkataan agar lebih mudah diingati
  • Tajuk presentasi  jualan menggunakan lima patah perkataan bagi mengikat tumpuan hadirin
  • Kempen pilihanraya pun menggunakan lima patah perkataan untuk menarik undi!

Inilah yang membezakan iklan jualan amatur yang hanya memikirkan apa yang peniaga mahu berbanding apa pelanggan mahu lihat.

Mereka memahami formula lima yang disampaikan oleh pakar psikologi pengiklanan.

“Pelanggan dapat menghidu, menyentuh, merasa dan mendengar dengan hanya melihat 5 patah perkataan pertama dalam iklan jualan.”


Semua derianya berperanan mendorong pembelian.

Bayangkan jika kita tidak dapat menarik perhatian mereka dalam tempoh kurang sesaat.

Kita kehilangan 80 peratus jualan. Itu sudah pasti!

Bagaimana bisnes kecil dapat menarik lebih pelanggan, lebih jualan dan lebih pesanan hanya melalui iklan?

Penulisan iklan jualan adalah kaedah yang paling berpengaruh digunakan oleh peniaga ke atas pelanggan.

Peniaga produk dan perkhidmatan bertaraf big boy atau pemain utama sudah lama menggunakan penulisan iklan jualan berpengaruh berkali-kali.

Kaedah ini tidak didedahkan dan tidak diajar kepada peniaga kecil. Inilah satu langkah ke hadapan mereka meninggalkan peniaga lain yang masih mencari-cari cara.

Tidak hanya formula lima patah perkataan, formula kejayaan pengiklanan jualan juga memberikan kejayaan jualan para peniaga big boy.

Bagaimanakah caranya?  Bolehkah para peniaga kecil mencubanya? Insya Allah, akan didedahkan dalam kursus keusahawanan penuh impak ini

BENGKEL POWER SELLING DENGAN IKLAN JUALAN

10 & 11 Disember 2011

Lecture Hall 1 (BilikTraining.Com), FINE Academy (www.biliktraining.com)
9-1 Jalan Wangsa Setia 3, Wangsa Melawati, 53300 Kuala Lumpur





Klik di atas peta untuk mendapatkan peta yang lebih besar dan jelas


Tuan Amer Hamzah Ahmad

Juga dikenali sebagai Chef Amer. Pengarah Urusan Chef Amer Academy Sdn. Bhd. dan juga Top 10 Chef Malaysia.

Chef Amer menerima sijil penyertaan daripada Tuan Zamri Mohamad



Maklumat iklan jualan yang tidak diberitahu dalam mana-mana kursus keusahawanan

  • Perkataan di bawah foto iklan menarik tumpuan pelanggan sebanyak 200 peratus berbanding foto semata-mata
  • Iklan produk berserta harga menarik 20 peratus perhatian pelanggan agar terus membaca berbanding iklan produk sahaja.
  • Iklan berwarna 45 peratus lebih berkesan berbanding iklan hitam putih.
  • Dan  banyak lagi maklumat yang didiamkan sahaja melainkan big boy sahaja menggunakan berulang kali.
  • Bagaimanakah caranya?  Bolehkah para peniaga kecil mencubanya? Insya Allah, akan didedahkan dalam kursus keusahawanan penuh impak ini


“Semua ini hanya untuk bisnes besar sahaja. Sesuaikah kami gunakan idea iklan jualan yang didedahkan dalam kursus keusahawanan ini?”

Pada tahun 2008, pasukan kami mengenalpasti penjaja jalanan yang menguasai kaedah ini dengan baik.

Peniaga ini mempunyai lebih daripada satu cawangan dan menggunakan sistem yang sama. Peniaga kecil ini mendapat tempias daripada iklan jualan sendiri.  Kita lihat satu persatu.


Formula lima digunakan di bawah iklan jualan Jambu88 menarik pelanggan. Perkataan Fresh, Crunchy, Fruits, Juice, Asam Boi


Iklan produk berserta harga menarik 20 peratus perhatian pelanggan agar terus membaca

Perkataan di bawah foto menarik tumpuan pelanggan sebanyak 200 peratus berbanding foto semata-mata

Iklan berwarna 45 peratus digunakan peniaga ini lebih berkesan berbanding iklan hitam putih.

Satu teknik halus menarik pelanggan datang berkali-kali

Teks dan gambar menjadi pengganti peniaga yang jauh dari pelanggan

Tahukah Tuan-Tuan, Puan-Puan dan Cik Puan-Cik Puan,

Selama ini para peniaga besar menggunakan kaedah ini secara halus. Apa yang membezakan strategi iklan peniaga big boy dan amatur hanya satu sahaja. Mereka tidak menjual tetapi membantu pelanggan membuat keputusan membeli.


3 langkah mudah membawa kepada jualan konsisten

Semua ini akan didedahkan buat pertama kali secara terbuka. Bagaimana iklan jualan sebenarnya membantu pelanggan membuat keputusan membeli.

Bagaimanakah caranya?  Bolehkah para peniaga kecil mencubanya?  Insya Allah, akan didedahkan dalam kursus keusahawanan penuh impak ini


Puan Sharifah Sharina Syed Aswad

Seorang jurulatih dalam bidang Teknologi Maklumat daripada Nine E Trading

Puan Sharifah menerima sijil penyertaan daripada Tuan Zamri Mohamad


Siapakah yang akan mendedahkan petua penulisan iklan berkesan?

Zamri Mohamad dalam salah satu program di Malaysia

ZAMRI MOHAMAD merupakan penulis dan trainer keusahawanan kreatif sepenuh masa. Beliau telah membantu peniaga kecil melalui kaedah kreatif bagaimana menjenamakan perniagaan kecil melalui iklan jualan pelbagai bentuk.

Beliau sudah menulis 16 buah buku dan beberapa buku yang diulang cetak mengamalkan prinsip penulisan iklan jualan.

Adakah pengendali bengkel ini pernah menulis iklan jualan?

Ya, beliau belajar dan mencubanya sendiri.

Kejayaan Pertama

Iklan jualan beliau menjadikan produknya diulang cetak!”

Ketika Anugerah  Pilihan Pembaca  POPULAR – Berita Harian

Buku berjudul Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah diulang cetak empat kali dalam tempoh kurang daripada satu tahun.  Malah kekuatan pada pakej penulisan iklan jualan yang diaplikasi pada kulit depan dan belakang bukunya menarik perhatian pembaca.

Buku ini menjadi antara calon peringkat akhir Anugerah Pilihan Pembaca POPULAR Berita Harian pada tahun 2010.


Selain daripada itu buku-buku beliau menduduki carta terlaris selepas mengaplikasi kaedah penulisan iklan jualan pada pakej buku. Antaranya Mudahnya Bisnes dengan BlogShop yang bertahan selama dua bulan berturut-turut dalam carta.

Bagaimanakah caranya?  Bolehkah para peniaga kecil mencubanya? Insya Allah, akan didedahkan dalam kursus keusahawanan penuh impak ini.


Kejayaan Kedua

Iklan jualan beliau menghasilkan 700 pesanan bagi produk 16 ringgit. RM16.00 X 700 = RM11,200 nilai pesanan”

Iklan jualan mendorong jumlah pesanan tercatat pada borang

Sebagai pengamal penulisan iklan jualan, beliau membantu dalam pengiklanan dan jualan produk. Ini terbukti dengan jualan produk serendah harga dua pulung ringgit. Ia mencapai hampir 700 pesanan secara online melibatkan seluruh semenanjung, Sabah dan Sarawak. Produk yang dijual berharga kurang dua puluh ringgit

Bagaimanakah caranya?  Bolehkah para peniaga kecil mencubanya? Insya Allah, akan didedahkan dalam kursus keusahawanan penuh impak ini


Kejayaan Ketiga

Iklan jualan beliau telah menarik pesanan perkhidmatan bernilai RM299 X 139 = RM41,561 nilai perkhidmatan”


Iklan jualan mendorong jumlah pesanan perkhidmatan tercatat pada borang

Beliau juga bereksperimen membantu jualan produk lain bernilai tidak kurang RM299 ringgit. Ini terbukti apabila lebih 139 orang mendaftar selepas membaca iklan jualan perkhidmatan beliau.

Bagaimanakah caranya?  Bolehkah para peniaga kecil mencubanya? Insya Allah, akan didedahkan dalam kursus keusahawanan penuh impak ini

 

Kejayaan Keempat

Iklan jualan beliau meletakkan 5 ideanya finalis bertanding untuk hadiah USD$1,000,000”

Iklan jualan dalam teks visual Hollywood mendorong pemilihan ke top entries  Myprizes Submission

Beliau mengaplikasikan kaedah penulisan iklan jualan, dengan teknik menyampaikan idea secara visual ‘Hollywood’ dalam pertandingan 4G Global Developer Challenge. Pertandingan yang menawarkan hadiah sejumlah US$1,000,000 ini melibatkan 900 penyertaan.

Dalam jumlah itu lima penyertaan daripada 31 yang dihantarnya terpilih.

Bagaimanakah caranya?  Bolehkah para peniaga kecil mencubanya? Insya Allah, akan didedahkan dalam kursus keusahawanan penuh impak ini

Kejayaan Kelima

“Melatih klien-klien antaranya penerbitan yang mempunyai rekod purata nilai jualan runcit RM2.5 juta pada Mac 2009”

Sekitar bengkel penulisan iklan jualan untuk klien

Pengendali bengkel sudah melatih ramai peniaga kecil dan wakil organisasi bukan kerajaan dalam penulisan iklan jualan. Antaranya melatih penulisan iklan jualan kepada sebuah penerbitan tempatan yang menjana nilai purata jualan runcit sebanyak RM2.5 juta pada Mac 2009.

Bagaimanakah caranya?  Bolehkah para peniaga kecil mencubanya? Insya Allah, akan didedahkan dalam kursus keusahawanan penuh impak ini

Kejayaan Keenam

Iklan jualan beliau menarik lebih 120% pelanggan apabila mereka mencari perkhidmatan tersebut”

Pendedahan pakar SEO. Kesan iklan jualan yang mengejutkan para peserta seminar

Kajian yang dibuat oleh seorang pakar SEO tempatan atau Search Engine Optimization mendapati salah satu iklan jualan yang menawarkan perkhidmatan beliau bukan menarik 100 peratus pelanggan. Tetapi ia menarik 120% pelanggan pada laman pertama carian Google. Perkataan yang digunakan dalam iklan jualan itu dicari 1300 orang sebulan.

Bagaimanakah caranya?  Bolehkah para peniaga kecil mencubanya? Insya Allah, akan didedahkan dalam kursus keusahawanan penuh impak ini


Apakah yang saya peroleh sepanjang kursus?

Di sepanjang kursus ini, peserta kursus akan didedahkan kepada dua elemen penting iklan jualan, iaitu:

  • Psikologi pelanggan melihat iklan jualan
  • Mendorong jualan melalui visual kepercayaan

Para peserta juga akan didedahkan dengan input-input:

  • Teori iklan jualan yang digunakan oleh gergasi bisnes
  • Mendorong pembelian dan tempahan segera oleh pelanggan

Dalam bengkel ini, peserta didedahkan dengan teknik dan kaedah yang menjadi kunci iklan jualan produk dan perkhidmatan.
Kunci-kunci rahsia itu adalah,

  • Meniru strategi big boy iaitu pengiklanan perniagaan komersial ke bisnes kecil
  • Menaikkan rasa mahu dan tahu pelanggan melalui teks dan foto yang tepat.
  • Menggerakkan rasa tidak sabar atau rasa segera bertindak membeli oleh pelanggan.

Di akhir kursus ini, peserta akan dapat :

  • Mengetahui apakah kaedah iklan jualan berpengaruh ke atas pelanggan
  • Menaikkan peratusan dihubungi pelanggan kesan daripada iklan jualan di internet
  • Merancang, menyusun dan menggerakkan kempen iklan jualan di internet secara tersusun dan berstrategi.


Apakah 8 perkara besar akan saya pelajari dan gunakan dalam iklan saya kelak?

MODUL 1: Apa yang dicari oleh pelanggan

  • Memahami keputusan emosi pembeli
  • Memahami keputusan logik pembeli
  • Mencipta visual logik dan emosi

MODUL 2: Unsur ketakutan dan kesamaan dalam pengiklanan

  • Mencipta ketakutan yang positif dalam pelanggan
  • Mengurus ketakutan menjadi tindakan membeli
  • Menjana konsep semua orang mahu

MODUL 3: Menjadikan produk unsur wajib ada pada pelanggan

  • Menaikkan ego pelanggan melalui produk jualan
  • Mengalihkan kekuatan individu menjadi kehebatan produk
  • Menggerakkan pengaruh belian langkah demi langkah

MODUL 4: Susun, jelas dan ikat pelanggan

  • Mengenalpasti kekuatan nombor dan fakta yang berpengaruh
  • Mencipta pengaruh dua sisi pada iklan
  • Memahami konsep ‘bukti produk’

MODUL 5: Psikologi foto, harga dan warna

  • Mengasingkan warna membunuh dan warna pencetus minat pelanggan
  • Konsep hari elit dan harga awam
  • Memilih foto berdasarkan emosi produk dan situasi

MODUL 6: Teks berpengaruh dalam jualan

  • Merendahkan fog index atau indeks kabus dalam presentasi.
  • Meningkatkan persuasif teks melalui ayat dan perkataan.
  • Mengenal kekuatan teks ringkas dan teks panjang dalam iklan

MODUL 7: Mencetus pendahuluan mengikat perhatian

  • Psikologi pembuka jualan
  • Senarai pembuka jualan bagi kategori produk dan perkhidmatan
  • Menggunakan formula komersial sedia jadi kepada iklan

MODUL 8: Pembentangan dan analisa

  • Menyempurnakan penulisan iklan jualan
  • Pembentangan analisa SWOT
  • Senarai semak langkah mengaplikasi


Tempat terhad untuk

27 orang peserta sahaja lagi


Tuan Mohamad Nizam Mustafa Hilmi

Pengarah Urusan Ascent Strategic Marketing, seorang perunding latihan dalam bidang sumber manusia dan NLP

Tuan Nizam menerima sijil penyertaan daripada Tuan Zamri


Siapakah yang mesti hadir ke bengkel ini?

  • Agensi kerajaan yang menguruskan dan membangunkan peniaga tempatan berasaskan perusahaan kecil dan sederhana
  • Perusahaan kecil dan sederhana
  • Peniaga berpremis
  • Mikropreneur (usahawan mikro)
  • Majikan yang mahu melatih pemasaran internet kepada staf
  • Usahanita yang menjalan perniagaan dari rumah

Kursus keusahawanan ini adalah gabungan pengalaman dan teori yang sudah terbukti berkesan. Ia bukanlah hanya sebuah kursus yang sekadar teori dan angan-angan sahaja. Ia berdasarkan kajian bertahun-tahun dalam industri ini. Kami ini berusaha sedaya upaya ingin membantu bagi memastikan produk jualan para peserta kami lebih mudah meresap masuk ke segenap ruang dengan pengaplikasian ilmu yang diberi dalam kursus ini nanti.

Tidak cukup dengan itu, pihak kami menyediakan beberapa bonus yang tidak mungkin diperoleh di tempat lain. Hanya di program anjuran Akademi Usahawan ini sahaja

BONUS 1

Khidmat Rundingan Oleh Pakar Perunding Akademi Usahawan

Tidak seperti penyedia latihan keusahawanan lain, apabila habis sahaja kursus para peserta ditinggalkan begitu sahaja. Pihak kami mengadakan klinik usahawan satu bulan dua kali bergantung kepada jadual yang akan dikeluarkan oleh pihak pengurusan Akademi Usahawan. Selalunya yuran untuk sesi satu jam bersama para pakar runding kami adalah RM50 per jam. Bagi para peserta program ia adalah percuma.

BONUS 2

Keahlian Percuma ALUMNI FN Education Group

Pihak kami mewujudkan satu komuniti ALUMNI buat para peserta bengkel-bengkel anjuran Akademi Penulis, Akademi Usahawan dan Akademi Protokol. Pelbagai keistimewaan yang diperoleh para ALUMNI kami. Ia hanya akan didedahkan apabila para peserta secara rasmi menjadi ahlinya nanti. Yuran keahlian adalah RM200 setahun. Namun bagi para peserta yang hadir kursus ini ia diberikan percuma seumur hidup.

BONUS 3

Diskaun Untuk Menghadiri Program-program Anjuran FN Education Group


Para peserta juga akan mendapatkan keistimewaan dengan memperoleh diskaun tinggi hingga 20% bagi penyertaan mana-mana program lain anjuran FN Education Group. Ini adalah penjimatan yang cukup baik di samping memperoleh ilmu terbaik daripada para pakar terbaik industri

Berapakah yang Tuan-Tuan, Puan-Puan dan Cik Puan-Cik Puan sanggup bayar untuk kursus keusahawanan ini dengan segala keistimewaan di atas.

Yuran asal adalah RM650, namun bagi yang mendaftar sebelum 15 November 2011 akan memperoleh yuran istimewa iaitu

Yuran RM550 (sebelum 15 November 2011)

Kursus yang sama diadakan pada harga RM1,490 oleh konsultan lain.

Yang lebih menarik, dengan yuran ini Tuan-Tuan, Puan-Puan dan Cik Puan-Cik Puan tetap memperoleh semua bonus yang ditawarkan dalam program ini. Apa tunggu lagi BERTINDAK SEKARANG!!

Selepas tamat tempohnya ia akan kembali kepada yuran asal. Ini bagi memudahkan azam tahun baru Tuan-Tuan, Puan-Puan dan Cik Puan-Cik Puan menjadi kenyataan.

Ya benar! Kursus serupa dianjurkan oleh para perunding latihan lain pada kadar lebih tinggi dan ada yang mencecah sehingga RM2,500 untuk dua hari.

Beginilah, apa yang boleh kami lakukan. Tuan-Tuan, Puan-Puan dan Cik Puan-Cik Puan sertai kursus keusahawanan ini (2 hari penuh berharga), alaminya dan praktikkannya. Jika selepas habis bengkel ini, didapati tidak ada langsung perkara baru yang diperoleh. Maklumkan kepada pihak Akademi Usahawan. Pihak kami akan pulangkan keseluruhan wang kepada Tuan-Tuan, Puan-Puan dan Cik Puan-Cik Puan tanpa sebarang pertanyaan.



Daftarkan diri sekarang juga


Mungkin besok hari, tempat untuk Tuan-Tuan, Puan-Puan dan Cik Puan-Cik Puan sudah terisi

Maklumat lanjut mengenai perkara ini boleh hubungi

FINE TRAINING ACADEMY SDN BHD

9-1 & 9-2 Jalan Wangsa Setia 3, Wangsa Melawati 53300 Kuala Lumpur

Telefon: (+6) 03 4149 2560 Faks: (+6) 03 4149 3560 E-mel: training@fineacademy.com.my

Timbalan Pengurus Divisyen Latihan, Cik Puan Nur Atiqah Abdul Rahman boleh dihubungi di (+6) 012 962 8698 ataupun email nuratiqah@fineacademy.com.my.


PS : Kursus keusahawanan penulisan iklan jualan ini adalah terhad dan tidak diadakan setiap bulan.  Kesibukan trainer tidak memungkinkan permintaan diadakan pada bulan seterusnya. Mungkin ini peluang pertama dan terakhir untuk tahun ini.

PSS : Konsultasi penulisan iklan jualan trainer adalah serendah RM350 sejam untuk seorang dengan minima 3 jam (RM350 X 3 jam = RM1050) apabila bertemu. Hanya dengan kerjasama strategi bersama  Akademi Usahawan akhirnya memungkinkan kosnya pada nilai kursus keusahawan ini.